Amin Naizar's

Portfolio
Bismillahirrahmanirrahim..,

Assalamualikum kepada korang semua.Selamat sejahtera juga kepada sekalian pembaca.Hari ini aku tiba-tiba tergerak hati untuk untuk mengedit post berkenaan calon-calon wanita pilihan lelaki..,

Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki (Termasuk Aku)

Betul Tu Adik,Abang Setuju
  • Bertudung Labuh-Orang yang memakai pakaian/jilbab/tudung labuh merupakan seorang muslimah yang memang sejuk dan sedap mata memandang.Orang begini juga turut dipandang sebagai seorang yang baik akhlaknya serta elok pekertinya.Namun,masih ada sesetengah orang yang berfikiran pesimistik dan berpendapat bahawa mereka yang melabuhkan tudung merupakan seorang yang tidak mengikut arus fesyen terkini serta susah untuk dipandang lelaki.Tetapi,percayalah lelaki memang lebih memandang mulia wanita yang sebegini berbanding mereka yang suka dedah mendedah dan tunjuk menunjuk apa yang mereka ada bagaikan wanita lain tidak diciptakan sedemikian juga.Rujuk artikel ini sebagai kepastian Ada apa dengan tudung labuh?
Sejuk Jerk,Tengok Orang Pakai Tudung Nie
  • Bijak-Kebijaksanaan memang satu lagi hal yang amat dititiberatkan oleh lelaki kini (Maklumlah kebanyakannya pemalaz) kerana ramai kaum hawa yang bijak pandai serta menjawat jawatan tinggi dalam kerjaya.Lelaki memang memerlukan teman yang bijak kerana diorang terlibat dengan pelbagai hal yang memerlukan dorongan serta motivasi daripada kaum wanita.
Janganlah Isteri Aku Macam Nie
  • Pandai Memasak-Kalau diperhatikan dekat sisi-sisi jalan sekarang nie.Kita dapat lihat,jumlah kedai makan semakin meningkat.Jadi konklusinya,orang sekarang makin ramai yang suka menyantap di luar berbanding di rumah,Apa sebabnya?ahaha..,jawapannya mungkin kerana isteri mereka tidak pandai memasak makanan yang digemari ataupun memang satu apa pun tak tau berkenaan masakan (Besar kemungkinannya).So,lelaki bujang sekarang telah mengambil iktibar dari kes tersebut lalu,memuatkan kriteria masakan ini pada tangga ke tiga.
Sakit Mataku Melihat
  • Kurang Sosialnya-Kenapa kurang sosial?Bagi yang bertanya soalan tu,biar korang jawab sendiri.
Apa yang jadi kepada orang yang banyak bersosial?
Apa sebab diorang bersosial?
 Adakah impak positif dari aktiviti sosial ini?

Jawapan dalam otak korang itulah yang aku dan lelaki lain  maksudkan(Hindari).Tapi,kurang sosial bukan bermaksud menyendiri 100% ataupun langsung tidak menegur orang lain,tetapi yang ditafsirkan ialah bersosial sambil menjaga batas pergaulan.

Emosi Stabil?
  • Stabil Emosinya-Semua orang nak yang sejuk,baik dan menenangkan hati.Pendek kata semua yang terpuji serta sarat dengan nilai murni (Nie memang fitrah semue manusia).Aku rasa tak ade lelaki yang mahukan pasangan yang bengis,perengus,pemarah mahupun terburu-buru ( Tak tau nak bersabar).Berdasarkan kriteria-kriteria itulah kitorang kene tengok dulu peribadi (Sifat) lepastu baru judge.
Fikir Sebelum Bertindak;Nafsu Bukan Tuhan Kamu
  • Masih Darakah kamu?-(Sepatutnya aku letak yang ini dekat ciri-ciri teratas,tapi terlupa pulak,hehe..,) Nielah satu-satunya perkara yang selalu lelaki-lelaki dekat luar sana fikir dan renungkan.Masi adakah wanita yang suci?Maklumlah,boleh dikatakan hampir majoriti kaum remaja sekarang yang bercouple.Tambahan pulak,hari-hari kes khalwat sert seks bawah umur terpampang di dada-dada akhbar.
So,macam mana?Ada tak dalam list?Haha..,kalau yang ada tu,tunggulah tak lama lagie,aku (Mewakili kaum lelaki) akan datang meminang...

P/S:Kih..,Kih..,Kih..,Couple masa sekolah nie memang tak membawa apa-apa faedah pown..,

Semoga jumpa lagi dalam post akan datang..,



Assalamualaikum kepada semua.
Pada 5 Feb hari ini,kita akan menyingkap ciri-ciri wanita syurga:


Apakah Ciri-Ciri Wanita Syurga?










1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.
15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

Source:ILuvIslam -Portal Islamik
Assalamualaikum kepada semua.Selamat tahun baru cina kepada mereka yang beragama buddha dan selamat menyambut bulan baru di tahun baru ini kepada semua pembaca setia sekalian.
Saya mulakan 'Post' 4 Feb ini dengan label 'ICT' dengan sub-topik "VHD"yang mewakili 'Virtual Hard Disk'

Umm..,kepada mereka yang sering menatap skrin komputer,perkataan ini bukanlah sesuatu yang asing.Namun,bagi yang masih tertanya-tanya "Apakah yang dimaksudkan dengan VHD??"
Saya akan perjelas dan memberikan langkah demi langkah untuk mencipta aplikasi ini.

(Click Pada Gambar Untuk Zoom)

Intro
VHD stand for Virtual Hard Disk iaitu sejenis aplikasi tambahan yang hanya terdapat pada Windows 7 sahaja.
Ianya boleh disamakan dengan Local Disk/Hard Disk Drive
Local Disk/Hard Disk Drives
Sekarang saya akan mengajar anda untuk mencipta Local Disk sendiri (seperti yang terdapat di atas)

Langkah-Langkah:
Buka 'Start Menu' kemudian pada 'Icon'Computer' tekan kanan pada mouse anda;

Start Menu

Tekan 'Manage'


 Apabila Computer Management telahpun muncul:



Click pada Disk Management dan seterusnya right click pada action (yang paling atas)
Akhir sekali click,'Create VHD'

Click Action dan Create VHD


Tekan Browse Dan pilih lokasi




Namakan Dan tekan save


Masukkan Saiz yang anda kehendaki dan pilih 'fixed size' seterusnya klik OK


Tunggu Seketika

Apabila 'Disk 1'telah muncul...,right click padanya..,dan tekan intiliaze



Ikut Wizard Yang Diberikan;

Tekan Next


Pilih Huruf Yang Anda Mahu (A/B/C dsb.)



Namakan Disk Anda Dan Tick 'Enable Compression' Serta Tekan Next (Untuk Format)
Tekan Finish

 'Disk 1' 'Online' dan Warnanya Biru Menandakan VHD Anda Telah Sedia Untuk Digunakan



Mudah sajakan?

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan selamat sejahtera kepada semua pembaca setia aminnaizar.blogspot.com.Alhamdulillah kita masih lagi diberi rahmat dan kesempatan oleh Allah S.W.T untuk berpijak di bumiNya yang serba indah ini.Pada 29 Januari 2010 saya ingin berkongsi artikel berkenaan Tokoh Perubatan yang ulung.

"Biodata"
Nama: Abu Ali Hussein Bin Abdullah Bin Hassan Bin Ali Bin Sina
Gelaran: Avicenna 
Keturunan: Turki
T/Lahir: 370H/980M di Turki
M/Dunia: 438 Hijrah
Umur: 58 Tahun

Sumbangan:
-Beliau meningggalkan beberapa hasil karangan yang bermutu tinggi dalam perubatan,falsafah,mantiq,fizik dsb.
-Al Qanun Fit Tibb karangannya merupakan buku kedoktoran yang muktabar dan menjadi rujukan utama dalam bidang perubatan dari generasi ke generasi hinggalah sekarang.Ia telah diterjemahkan ke berbagai bahasa asing seperti bahasa Latin dan Inggeris.
-Dia juga menghasilkan beratus-ratus risalah mengenai bidang perubatan yang menjadi rujukan para doktor.

"Intro"
Namanya ialah Ibnu Sina yang turut dikenali sebagai Avicenna di barat.Beliau merupakan seorang muslim yang berbangsa Parsi dan dilahirkan pada tahun 375H dekat sebuah desa bernama Afshanah di kota Kharmaitan dalam wilayah Bukhara,Uzbekistan.
"Intipati"
Ketika berusia 5 tahun,beliau telahpun memulakan memulakan pelajaran dalam ilmu Al-Quran dan sastera.Kedua-duanya adalah pelajaran sulung dalam kehidupannya.Kemudian,sewaktu berusia 10 tahun,beliau mampu menghafal kesemua surah di dalam Al-Quran.Manakala,ketika berusia 18 tahun,beliau telah diangkat sebagai Doktor Di Raja.

Sejak kecil lagi,Ibnu Sina telah dibimbing oleh ayahnya serta rakan karib ayahnya iaitu Abu Abdullah Natili.Banyak bidang berjaya dikuasai Ibnu Sina,antaranya termasuklah bidang falsafah,kedoktoran,geometri,astronomi,muzik,teologi,politik,matematik,fizik,kimia,sastera dan kosmologi.

Kesungguhannya amat jelas,apabila beliau tidak akan tidur pada waktu malam setelah beliau banyak membaca pada malam tersebut.Begitu juga,beliau tidak akan tidur pada waktu siang kecuali setelah beliau banyak berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan pada hari itu.

Terbitnya kitab Al-Qanun Fit-Tibb ketika Ibnu Sina berusia 21 tahun dan menetap di Kawarazm.Namun begitu,karya pertamanya bukanlah kitab tersebut tetapi adalah sebuah karya yang berjudul Al-Majmu.

Antara karya lain yang dikarang oleh beliau adalah pelbagai bentuk risalah ukuran kecil yang dimuat dan dihimpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Peter Domican di Kairo.

Seperti yang telah dinyatakan,karya ulungnya 'Al Qanun Fit Tibb'(Kod undang-undang perubatan) telah menjelaskan pelbagai jenis penyakit,penyebab,epidemiloginya,gejala dan tanda-tandanya serta cara untuk mengatasi penyakit.

Al-Qanun Fit Tibb diterbitkan pada tahun 1593 di Rom dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris yang berjudul Canon Of Medicine.Karya ini digunapakai dan menjadi rujukan kepada penuntut university di Eropah hingga 1500M.Lebih membanggakan lagi buku kod undang-undang perubatan ini dicetak sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin serta sebuah edisi dalam bahasa Yahudi.

Selain itu,karya ulung ini juga turut berperanan sebagai buku teks kedoktoran di kebanyakan university di Perancis.Ia digunakan sebagai bahan rujukan pada abad ke 17M.Buku ini juga telah dianggap sebagai ensiklopedia kedoktoran.

Kandungan Al-Qanun Fit Tibb adalah perbincangan mengenai penyakit saraf serta kupasan berkenaan cara-cara pembedahan dan menekankan keperluan pembersihan luka.Tidak cukup dengan itu,ia banyak memberi pengetahuan dan maklumat terperinci seperti penyakit batuk kering,penyakit paru-paru serta peranan air dan debu dalam memindahkan jangkitan penyakit.

Walaupun pencapaian Ibnu Sina dalam bidang kedoktoran disanjung tinggi dan mendapat tempat di setiap hati penggemar bidang tersebut,namun beliau tidak mengambil berat kepada kesihatan diri dan menyebabkan beliau mengidap pelbagai penyakit sehingga menjadikan beliau lemah dan meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah di negeri Yaman.

Keunggulan
-Karyanya telah menjadi rujukan dalam dunia Islam serta barat.
-Beliau telah menjadi Doktor Di Raja pada usia 18 tahun.
-Ilmu-ilmu agama seperti Tafsir,Fiqh,Usuluddin,Tasawuf dapat dikuasai ketika beliau berusia 10 tahun.
-Berjaya menghafal Al-Quran seawal 10 tahun.

Moral
-Usaha,ketekunan dan kegigihan amat diperlukan untuk menggapai kejayaan.
-Minat amat penting dalam menuntut ilmu.
-Ilmu yang telah dipelajari hendaklah diamalkan serta disebarkan agar kehidupan mendapat rahmat dan dikasihi Allah.

Wassalam.

Source:ILuvIslam Bil-43

"Bersama-samalah kita menyebarkan ilmu dan menteladani kebaikan".
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home