Penyakit yang lahiriahnya,tak berapa sakit. |
1.Penyakit Tak Kenal Jiran Sebelah Rumah.
Saya tak tahu,jika perkara ini berlaku secara berleluasa atau tidak tetapi yang pasti,ia berlaku.Ada sesetengah pula, 'pernah baik' tetapi gaduh sampai tidak bertegur sapa.Ingat mereka pun ada hak sebagai jiran.
2.Penyakit Susah Untuk Melakukan Kebaikan.
Lagu teman pengganti,nyanyian Malik ada berbunyi:
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudanTerperangkap dalam jasad, ku keliru
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/06/lirik-lagu-teman-pengganti-black-ft.html#ixzz2LDDRO8O2
(Jumud sinonim dengan Kolot.)
Maksudnya,jika kita hendak melakukan kebaikan akan disindir oleh rakan-rakan yang kolot pemikirannya."Cehh!Baiknya,hari-hari pergi masjid,boleh jadi imam nie"
Baru saja hendak berubah sudah digelarnya 'Ustaz'
Jadi,niatnya hendak berubah mudah terumbang-ambing.Jika mereka gagal kembali ke pangkal jalan,Kitalah yang patut dipersalahkan!
3.Penyakit Kerjaya,Kerja Dan Keluangan Masa Bersama Keluarga.
Kalau anak-anak memberontak kita mulalah marah sana,marah sini.Salahkan sana,salahkan sini.tetapi,realitinya mereka tidak mendapat kasih sayang yang sepatutnya daripada ibu bapa.Hati itu mempunyai bekas,ibu bapa mestilah mengisi bekas itu dengan kasih sayang dan kecintaan mereka terhadap anak-anak.
ATAU
anak-anak itu sendiri yang akan mengisinya dengan kasih sayang rakan-rakan.
(Konsep:'Kau ikut apa aku buat,kau disayangi')
Ingat,satu jari anda tunjukkan kepada seseorang,sepuluh jari kembali kepada anda.
4.Penyakit Yang Jauh Didekatkan,Yang Dekat Dijauhkan.
Maklumlah dunia yang canggih dengan teknologi.Kalau anaknya belajar di USA,emaknya masih boleh membuat 'Video Conference' melalui Skype.Suara dan riak muka masing-masing dapat dirasai melalui tatapan skrin komputer.
Malangnya.apabila makan bersama keluarga,tidak kira di luar atau di rumah sendiri.Wadah yang merapatkan ini seolah-olah menjadi benteng pemisah antara mereka.Mana tidaknya,makanan di depan mata tetapi yang ayahnya sibuk menjawab panggilan bisnes,emaknya sibuk mengilatkan kuku dan anak-anaknya sibuk dengan 'Command And Conquer'PSP.
5.Penyakit Otak Tempurung.
Maksud saya,tempurung disini bukanlah bengap atau dungu.Tetapi pemikiran tersekat.Mungkin,kita hanya tahu mencari maklumat tetapi tidak mengkaji maklumat.Maklumlah,semuanya di Google,buku-buku tidaklah dipandang kerana jalan mudahnya sudah terbentang luas.Tapi,saya terfikir,jika hanya tahu mencari,siapa pula yang akan memberi?
6.Penyakit-Penyakit.
Setiap kejayaan perlukan pengorbanan.Setiap panggilan perlukan radiasiSetiap yang manis perlukan gula.Setiap yang masin perlukan garam.Setiap yang sedap perlukan perasa 'ajinomoto'.Setiap hiburan perlukan televisyen dan setiap nasi goreng perlukan 'secukup rasa'.
Refleks(jika berlebihan):
Setiap radiasi menyebabkan barah,setiap gula menyebabkan kencing manis,setiap garam menyebabkan darah tinggi,setiap 'ajinomoto' menyebabkan darah tinggi;kelupaan,setiap televisyen menyebabkan rabun dan setiap secukup rasa menyebabkan pelbagai penyakit untuk dirasa.
Jadi,anda pesakit yang mana?
0 comments:
Post a Comment