Assalamualaikum..,
Sekarang aku akn membawa korang semua melancong ke dunie silam.
Sila pakai helmet tumpuan serta tali pinggang perhatian..,
Penjelajahan akan bermula dalam kiraan..,
Tiga |
Dua |
Satu |
"Menarik Dalam Dunie Purba"
Kompas Perjalanan |
1.Kota Machu-Picchu
Kota Machu-Picchu |
Kota purba tamadun Inca ini adalah tarikan utama bagi pelancong yang melawati Peru.Machu Picchu bermaksud 'Punca Purba' dipercayai dibina sekitar 1430 SM telah ditinggalkan sepenuhnya pada zaman penaklukan tentera Sepanyol.Kota ini mempunyai ketinggian 2430 meter dari paras laut dan hanya diketahui oleh dunia luar pada 1911 melalui pendedahan Hiram Bigham,ahli sejarah Amerika yang mendapati ia pernah menjadi penempatan sekurang-kurangnya 1200 orang.Struktur Machu Picchuterbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu pusat pertanian,bandar dan keagamaan.
2.Christ Redemor,Rio de Janeiro,Brazil
Patung Jesus Christ di Rio de Jenairo menjadi simbol agama katolik di Brazil yang terletak setinggi 700 meter di puncak Gunung Corcovada di Tijuca Forest National Park.Dekoreasi seni bina ini adalah patung terbesar di dunia yang mempunyai ketinggian 39.6m termasuk 9.5m alas tiang dan 30m lebar dan mempunyai berat 635 tan.Pembinaan patung ini mengambil masa selama 9 tahun bermula pada 1922 -1931 dengan kos sebanyak AS250,000.
3.Colosseum,Rom,Itali
Colosseum atau roman Coliseum berasal daripada gelanggang terbuka Flavian yang terletak di pusat bandar Rom di Itali.Bangunan yang menonjolkan kehebatan seni bina dan kejuuruteraan Roman ini di bina pada 70 dan 72SM di bawah kerajaan Vespasian dan selesai di bina pada 80 sebelum masihi di bawah kerajaan Titus.
4.Taj Mahal di Agra India
Taj Mahal yang terletak di Agra India di bina oleh Shah Jehan pada tahun 1632 dan siap pada 1648,manakala bangunan di sekelilingnya termasuk taman siap 5 tahun kemudian.Bangunan yang menjadi lambang kasih sauang Shah Jehan terhadap isterinya Mumtaz Mahal ini menggunakan reka bentuk dan gabungan elemen daripada Parsi,India dan Islam.Keunikan ciptaannya menjadikan Taj Mahal sebagai 'Permata Seni bina Islam' di India dan salah satu daripada karya warisan yang menjadi tumpuan dunia.
5.Kota Petra,Jordan
Khazanah kota lama atau dikenali sebagai The Red World City adalah seni bina unggul ukiran batu dan gunung berwarna merah yang berada di bawah lindungan Pertumbuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan bangsa-bangsa Bersatu(UNESCO) sebagai tapak warisan silam.Keunikan Siq ialah gurun batu pasir sempit dengan ketinggian yang mencecah hingga 183m mempunyai ukiran muka bangunan yang menjadi pintu masuk utama ke Petra.Al-Khazneh atau The Tressury yang terdapat di situ juga pernah menjadi lokasi pengembaraan filem 'Indiana Johns & The Last Crusade.
Terima kasih kerana melancong bersama Amin Naizar Sui Generis Sdn.Bhd
0 comments:
Post a Comment